Bahasa karangan

Maksud ayat gramatis

  • Ayat gramatis ialah ayat yang betul struktur ayatnya dan betul dari segi semantiknya
  • Ayat yang mempunyai hukum-hukum tentang susunan kata yang terhasilnya sebuah ayat gramatis.

Golongan ayat

  • Ayat tunggal (S+P)
  • Dia / membeli buku
  • Ayat majmuk (S+P+P)
  • Murid-murid menyanyi dan menari


Hukum D-M

  • Hukum D-M bererti urutan kata nama yang diterangkan (D) mendahului kata nama yang menerangkan (M)
  • Unsur yang diterangkan adalah kata inti, manakala unsur yang menerangkan adalah kata penerang yang lazimnya berkedudukan selepas kata inti
  • Contoh:
  • Frasa Nama
    • Diterang (D)
    • Menerang (M)
    • sos
    • cili
    • buah
    • durian
    • stesen
    • kereta api


Gaya bahasa

Gaya bahasa merupakan cara penulisan dengan menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka. disini disertakan penerangan umum mengenai gaya bahasa dalam karangan yang membezakannya dengan gaya bahasa sastera.

1. Retorika 

Retorika merupakan asas pemujukan sebagai elemen penting bagi sesuatu penulisan. Tujuannya untuk membantu pembaca memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Terdapat enam jenis retorika iaitu pemerian, pemujukan, pendedahan, penghujahan, penceritaan dan penerangan (Abu Hassan Abdul, 2013).

2.Stilistika 

Stilistik berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa supaya tampak menarik bahkan maknanya akan lebih mudah difahami dan lebih memberi kesan kepada pembaca. Berdasarkan teori stilistik terdapat dua strategi iaitu aspek skema dan majaz (Abu Hassan Abdul, 2013). 

3. Laras Bahasa 

Laras bahasa merupakan gaya atau cara dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu situasi. Laras bahasa ini sentiasa berubah mengikut fungsi dan keadaan (Abu Hassan Abdul, 2013). Terdapat beberapa jenis laras bahasa yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antaranya ialah laras bahasa umum, undang-undang, teknikal, agama, himbauan, klasik, kreatif dan kanak-kanak. 


Tanda baca

Mekanisme penulisan atau tanda baca berperanan sebagai tatacara atau peraturan untuk mebantu penulis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang hendak disampaikan dengan betul (Abu Hassan Abdul, 2013).

1. Tanda Titik/Noktah ( . )

Melengkapkan ayat Tanda titik berfungsi untuk melengkapkan ayat. Sebagai contoh: 

“Faktor utama yang mendorong gejala sosial ini merupakan pengaruh daripada rakan-rakan yang rapat kepada pelaku gejala sosial.” 

2. Tanda Koma ( , ) 

Tujuannya untuk menyenaraikan tiga unsur atau lebih. Sebagai contoh dalam karangan di atas iaitu:

 “....melibatkan kebanyakan golongan remaja yang berumur sekitar 14 hingga 21 tahun seperti vandalisme, pembuangan bayi, rogol, buli, gangsterisme, dan penagihan dadah akan mendorong…” 

3. Tanda Sempang/Sengkang ( - )

 Kata Gandaan: Berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan tersebut adalah kata gandaan. Sebagai contoh:

 “…banyak program-program dan drama-drama televisyen seperti program realiti, cerita KL Gangster, Juvana yang memaparkan pelbagai nilai-nilai buruk…” 

I BUILT MY SITE FOR FREE USING