Pengolahan isi

(Pengolahan isi karangan)

Menggunakan Teknik PREP

P (Point) – Isi

(Reason) – kenapa kepada isi itu

E (Example) - contoh kepada Reason itu

P (Peribahasa) – Guna samaada di pendahuluan atau penutup

Tekan untuk lihat video mengenai Teknik PREP


Contoh: 

Faedah bersukan

1. Membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.

penglibatan dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan - mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental terutama kalangan pelajar - bilangan pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdas - sambil menyelam minum air

2. Mengisi masa senggang individu.

Bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stress - sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa - sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna

3. Mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum.

kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan - berkongsi minat dalam sukan yang sama - kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri - bersukan menjadi budaya masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin - masalah perkauman akan dapat dielak - kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu – bagai aur dengan tebing

4. Memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan.

profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya dan boleh meningkatkan ekonomi - pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar - industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan - dapat meningkat sara hidup yang kini kian meningkat - memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia


Selain teknik PREP masih terdapat teknik lain dalam menghuraikan isi karangan.

Teknik 5w+1h (5 wives 1 husband)

1. Apa? 

Apa yang ingin dibincangkan?

2. Siapa? 

Siapakah pihak yang terlibat?

3. Bila? 

Bila kejadian tersebut berlaku?

4. Di mana? 

Dimana tempat kejadian?

5. Bagaimana? 

Bagaimana kejadian tersebut berlaku? Bagaimana cara mengatasi?

6. Mengapa? 

Mengapa berlaku kejadian tersebut? Mengapa berlaku kegagalan?

Tekan sini untuk penerangan yang lebih terperinci.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING