Bentuk perenggan
Perenggan induktif bermula dengan idea-idea sokongan, iaitu hal-hal khusus, kemudian diakhiri dengan pernyataan umum. dalam perenggan induktif, ayat topik atau pernyataan topik terletak pada bahagian akhir perenggan.
Perenggan deduktif bermula dengan ayat topik. Ayat topik yang mendukung idea utama dikemukakanpada bahagian awal perenggan. Sementara ayat-ayat penyangga yang mendukung isi dikemudiankan. Perengaan jenis ini dikenali sebagai piramid terbalik.
Perenggan jenis ini merupakan gabungan deduktif induktif mengemukakan ayat topik pada awal perenggan dan pada akhir perenggan, manakala di tengahnya dikemukakan idea-idea penyangga.
Strategi pemerengganan
Perenggan umum atau utama merupakan jenis perenggan yang mempunyai pengenalan, pengembang dan penutup manakala perenggan berbentuk lebih khusus pula dilihat mempunyai beberapa teknik penulisan seperti teknik penyenaraian, teknik percontohan, teknik perbandingan dan sebagainya. Kesemua teknik-teknik ini bergantung kepada motif dan jenis karangan (Abu Hassan Abdul, 2013).
1.Teknik percontohan
Teknik percontohan merupakan teknik yang digunakan untuk memberi contoh kepada isi utama.
2. Teknik pentakrifan
Teknik pentakrifan pula merupakan teknik yang digunakan untuk menghuraikan atau mendefinisikan sesuatu istilah.
3. Teknik kontras masa
Teknik ini pula memperlihatkan unsur bandingan masa sama ada masa dahulu dengan masa kini atau sebagainya.
4. Teknik penglibatan pembaca
Teknik ini digunakan dengan tujuan untuk melibatkan sekali pembaca supaya memahami maksud yang cuba disampaikan.
Pengolahan pengenalan dan penutup
Pelajari teknik penulisan bagi pengenalan dan penutup yang mantap.
Pengenalan
U- Unik (peribahasa, pepatah)
N- Non isi (kesan negatif)
I- Informasi terkini
K- Kehendak soalan
Penutup
K- Kehendak soalan (bukti memenuhi kehendak soalan)
I- Informasi terkini (nama khas- kementerian, statistik dan lain-lain)
N- Non isi (kesan positif)
U- Unik (sajak, peribahasa, pepatah)
Karangan yang baik perlulah mempunyai pengenalan yang bagus, isi yang terancangan dan penutup yang berkesan. Bahagian pengenalan dan penutup seringkali diabaikan kepentingannya. ketahuilah pengenalan dan penutup yang baik merupakan salah satu daya tarikan bagi pemeriksa untuk meneruskan pembacaan karangan yang ditulis.
Jika di dalam sesebuah karangan ada dimasukkan peribahasa, itu akan menjadikan karangan lebih unik dan menarik. Peribahasa yang ingin digunakan perlu menepati dan mempunyai kaitan dengan isu yang diketengahkan.
Panduan Rangka Karangan Bahasa Melayu
Dewasa ini, Hal ini berpunca daripada Contohnya, Menyedari hakikat tentang kepentingannya, Persoalannya, apakah? |
P1 |
Antaranya, ialah Hal ini disebabkan oleh Sebagai contoh, Kesannya, Tegasnya, | P2 |
Selain itu, Umum mengetahui bahawa, Misalnya, Akibatnya, Pendek kata, | P3 |
Di samping itu, Hal ini demikian kerana, Umpamanya, Impaknya, Secara ringkasnya, | P4 |
Seterusnya, Seperti yang kita sedia maklum, Sebagai tamsilan, Implikasinya, Sesungguhnya, |
P5 |
Kesimpulannya, terdapat seribu satu, Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama (P) Bagai aur dengan tebing untuk Akhir kata tepuk dada, tanya selera | P6 |